Modul Dominasi 123 Bahasa Melayu Edisi 2021
Modul Bahasa Melayu yang cemerlang bukan sahaja ditulis dengan tatabahasa yang betul atau format yang tepat, tetapi perlulah mengandungi pendekatan, kaedah dan teknik yang berkesan agar mudah difahami oleh guru atau murid. Semua yang diperlukan Ini terdapat dalam Modul Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3.
Modul Ini bukan sahaja perlu dimiliki oleh guru Bahasa Melayu atau murid Tingkatan 1, 2 atau 3, malah perlu dimiliki oleh ibu bapa. Oleh sebab kaedah penulisan modul yang diterapkan dalam buku Ini mudah difahami, sesiapa sahaja boleh menjadikan buku Ini sebagai panduan untuk mengajar murid atau anak menguasai soalan dan jawapan mengikut format soalan BM PT3.
Ciri-ciri istimewa modul ini ialah :
- Ditulis oleh panel guru yang berpengalaman dan panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah dan Edisi Sekolah Menengah dan juga penulis buku DBP.
- Disertakan rumus tatabahasa, pendekatan dan kaedah penulisan serta teknik penguasaan komsas.
- Menyediakan pelbagai soalan contoh.
- Menggunakan bahasa yang mudah difahami tetapi menarik.
- Memenuhi ciri Pedagogi Abad ke-21.
- Menerapkan elemen KBAT.
- Menepati DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN serta KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM).