Modul Pengajaran & Pembelajaran Abad Ke-21 Matematik Tambahan Tingkatan 4 (2017)

RM11.95
  • Product Code: Modul P&P / T&L Module
  • Availability: 101

Available Options

Description

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4 merupakan sebuah buku modul yang ditulis oleh guru cemerlang terkenal dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER), Negeri Sembilan.

Sekolah ini telah mengamalkan sukatan dalam modul ini dalam modul ini dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kaedah ini terbukti berkesan serta telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan.

Modul ini menyediakan ruang jawapan yang mencukupi bagi membolehkan para pelajar menjawab soalan serta melatih diri untuk setiap bahagian yang terdapat dalam buku ini. Pendek kata, buku ini berupa buku latihan sekaligus menjadi buku rujukan kepada para pelajar. Kaedah-kaedah alternatif yang diperkenalkan dalam sesetengah subtopik dalam modul ini membolehkan para pelajar menjawab soalan dengan lebih mudah dan berkesan.

Buku ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari tahun 2012 hingga 2016. Berdasarkan maklum balas dan cadangan daripada pihak sekolah, kini kami memperkenalkan edisi 2017 yang telah melalui proses pengubahsuaian dan penambahbaikan. Edisi ini telah diperkemas menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap serta sesuai digunakan di semua sekolah menengah di Malaysia. Dengan penggunaan Modul ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat menguasai mata pelajaran Matematik Tambahan dengan lebih baik.

Specification

Author
Author A.Rahim, Azlina, Hadibah
ISBN
ISBN 978-967-0868-63-9

Reviews (0)

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good